Call Us    +604-959 2323

News

Kajian Penandaaras Oleh Universitas Negeri Medan, Indonesia

Koperasi Kilim telah menerima kedatangan satu rombongan kumpulan studi Kajian Penandaaras Pengurusan Kilim Geoforest Park dari Universitas Negeri Medan, Sumatera, Indonesia pada 17 Mac, 2017.

Kumpulan studi terbabit berjumlah seramai 5 orang dengan diketuai oleh Dr. Andri Zainal yang merupakan Koordinator Bidang Data dan Publikasi. Lain-lain ahli kumpulan terdiri daripada Encik Irfandi (Koordinator Bidang Kerjasama), Puan Novita Indah Hasibuan (Koordinator Bidang Kewirausahaan), Puan Deo Demonta Panggabean (Staf Ahli Bidang Data dan Publikasi) dan Puan Hodriani (Staf Ahli Bidang Kerjasama).

Turut sama hadir menerima kunjungan rombongan tersebut ialah Encik Jamaluddin Bin Saad (Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Langkawi), Encik Kasa Bin Harun (Pengerusi Koperasi Kilim), Encik Omar Bin Ariffin (Ahli Lembaga Koperasi serta Duta Geopark Unesco Langkawi), Puan Indara Rahayu (Duta Geopark Unesco Langkawi), Encik Imran Bin Ismail (Pengurus Koperasi Kilim) serta ahli lembaga koperasi.

Satu majlis meraikan kedatangan rombongan tersebut telah diadakan di Restoran Anjung Lestari, Jeti Pelancongan Sungai Kilim. Seusai majlis, rombongan telah dibawa melawat sekitar pejabat Koperasi Kilim, Jeti Pelancongan Sungai Kilim dan sekitar Kilim Geopark.

Gambar-Gambar Yang Dirakamkan Sekitar Majlis

Bergambar Beramai-Ramai di Jeti Pelancongan Sungai Kilim
Sesi Perbincangan Sedang Berlangsung. Rombongan Universitas Medan Berpakaian Batik
Penyampaian Cenderahati Di Antara Encik Kasa Harun dan Dr. Andri Zainal
Dr. Andri Zainal dari Universitas Negeri Medan Indonesia Sedang Memberikan Ucapan

Other Articles:

Latest News

We Value Your Feedbacks

Come For A Tour With Us

EXHILARATING
Kilim's Mangrove Tour

View Our Image Gallery

(The Cooperative of Kilim Village Community Langkawi Limited)

Website By: Aktif-Online.com